Thursday 24 April 2014

Nur Balqis Fatehah sayang mummy

Posted by Aldilla Ishak at Thursday, April 24, 2014
Assalamualaikum wrbt dan salam sejahtera ...
Hari ini saya nak berceloteh sikit pasal anak dara saya yang di beri nama Nur Balqis Fatehah bte Muhammad Fazlie yang selamat di lahirkan pada 05/01/2004 pada jam 12.55 tengahari seberat 3.1kg . Saya lah ibu yang sangat bahagia ketika itu kerana melahirkan bayi yang sangat comel .

Sekarang Fatehah sudah berusia 10 tahun semakin meningkat remaja dan sudah pandai berfikiran seperti dewasa . Fatehah juga dah pandai tegur jika saya ada buat salah maklum lah saya ni suka membebel . Anak2x sekarang ni mana suka kalau ibu asyik membebel saja kan ? ;)

In shaa ALLAH Julai ini Fatehah akan dapat adik . Fatehah sangat teruja, baju adik, seluar adik, topi adik, besen mandi adik semua Fatehah yang nak pilih . Warna bilik adik pun sudah di pilihnya .

Saya sayang Fatehah . Susah senang saya bersama dia, makan x makan saya juga bersama dia .. Fatehah anak yang baik, walaupun kadang2x nakal dia menyentap hati saya biasalah budak2x :)

Saya berdoa, semoga anak2x saya akan menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dunia dan akhirat .. Ameen ..

http://aldilla-ishak.blogspot.com

 

Perempuan Melayu Terakhir Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review