Wednesday 9 July 2014

Ali Imran bin Mohd Zakir

Posted by Aldilla Ishak at Wednesday, July 09, 2014
Assalamualaikum wrbt ..
Salam ramadhan kepada semua pembaca blog saya .. Alhamdulillah, hari ini sudah 17 hari saya berpantang dan melahirkan seorang bayi lelaki yang telah di beri nama Ali Imran bin Mohd Zakir .. Bayi lelaki yang lahir pada 23/06/2014 bersamaan 25 syaaban 1435 jam 1.41 pagi seberat 3.2kg di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor .

Di saat kelahiran Ali Imran, suami sayalah peneman di kala sakit yang teramat sangat .. Dia yang memberi kata2x semangat kepada saya, walaupun pada hakikatnya jiwa dia bukan kental mana .. Setiap kali airmata saya jatuh berderai menahan sakit, dia akan berpaling dari melihat saya .. Tepat jam 9 malam pada 22/06/2014 saya terus di tolak ke dewan bersalin kerana jalan dah buka 4cm .. Sebelum tu doktor dah masukkan dua kali ubat kerana saya telah di induse .. Hanya ALLAH yang tahu betapa sakitnya keadaan saya ketika itu .. Sebelum masuk ke dewan bersalin, suami saya memberi air mineral bekas dia minum sambil selawat dan al fatihah dan dia suruh saya minum ..

http://aldilla-ishak.blogspot.com

:: tunggu 44 hari saya akan upload gambar Ali Imran ::


Sejuk ...
Terasa suasana sangat sejuk bila dah berada di dewan bersalin ..
Suami saya tunggu dekat luar sebab hati dia dan jiwa dia belum begitu kental ..

---
--
-
-------
--
Sekarang, Ali Imran dan pandai ketawa dan senyum .. Puashati bila dapat lihat dia begitu walaupun payah sewaktu melahirkan namun saya puas ... 

Semoga Ali Imran bin Mohd Zakir menjadi anak yang soleh .. 
Doa saya buat Nur Balqis Fatehah dan Ali Imran menjadi anak yang soleh dan solehah ..
Ameen ...

http://aldilla-ishak.blogspot.com

:: sekadar hiasan ::
 

Perempuan Melayu Terakhir Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review