Thursday 20 April 2017

Kau permainkan aku dengan pena mu

Posted by Aldilla Ishak at Thursday, April 20, 2017 Comments
Lewat nota-nota cinta mu kau hadiahkan aku dengan kata-kata dan madah-madah cinta yang mengasyikkan. Betapa aku terlena dan terbuai dengan janji-janji mu. Aku menjadi perindu sepi kepada ayat-ayat yang bisu.

Aku persis Sang Pungguk yang merindukan bulan. Bulan yang dari kejauhan tampak indah bercahaya dan berseri menerangi malam yang kelam. Tapi kita sering lupa bahwa cahaya itu adalah cahaya pinjaman cuma. Keindahan yang bersifat sementara, keindahan yang merupakan kepuraan semata-mata.

Begitulah diri mu. Aku terikat pada janji-janji pena mu. Aku mengharap pada kasih yang tak pasti. Aku memuja bayangan dirimu. Coretan pena mu memukau diri ku agar aku terus percaya dan lupa kepada realiti.

Tapi kini aku sedar…aku perlu kembali ke alam nyata. Aku harus lupakan kuasa pena mu, aku harus lontarkan segalanya jauh dari hidup ku. Biarlah nota-nota cinta mu menjadi sejarah. Sejarah pahit yang mengajar aku menjadi lebih dewasa dalam cinta. Usah kau permainkan aku lagi dengan pena mu…


http://aldilla-ishak.blogspotcom

Saturday 10 October 2015

suami WAJIB bagi NAFKAH kepada isteri !!

Posted by Aldilla Ishak at Saturday, October 10, 2015 Comments
Assalamualaikum WRBT ...

Saya ingin bertanyakan pada rakan2 forum berkenaan masalah yang saya hadapi berkenaan NAFKAH. Mungkin sudah di postkan persoalan yang agak sama di forum ni, tetapi saya perlu spesifikkan terhadap isu yang saya hadapi

Begini..

Saya bekerja di sbuah syarikat swasta dan isteri pun bekerja sebagai guru. Saya sedar tanggungjawab saya sebagai suami untuk memberi nafkah dengan secukupnya (sekurang2nya lepas kadar wajib) kepada isteri dan anak. Dengan gaji kurniaan Allah hasil bekerja makan gaji saya ini, saya menyediakan perkara-perkara asas untuk isteri dan anak saya (anak seorang berumur 5 tahun), secara amnya seperti dibawah. Saya tidak pernah minta duit isteri untuk bantu saya dalam menyediakan keperluan asas, melainkan dia sendiri yang berkeinginan untuk membeli barang-barang peribadinya.

1. Tempat tinggal (bayaran ansurans pinjaman bank), termasuk kos renovation rumah dan perabot2x dirumah.
2. Bil-bil utiliti (elektrik, air dan termasuk astro).
3. Yuran bulanan tadika anak termasuk keperluan pakaian tadika, buku dll (anak seorang berumur 5 tahun).
4. Insurans pendidikan anak.
5. Wang belanja sebanyak RM1000 sebulan untuk keperluan dapur, keperluan basuhan & bilik air, susu, pampers anak dan lain-lain. Wang ini juga digunakan sekiranya kami makan di luar. (Wang ini saya serahkan kepada isteri so dia boleh gunakannya bila-bila masa untuk berbelanja & tidak perlu tunggu saya berada bersama).
6. Pakaian untuk isteri (saya tidak belikan setiap bulan tetapi melebihi 3-4 pakaian setahun termasuk pakaian hari raya).
7. Pakaian harian untuk anak.

Lebihan dari wang gaji saya untuk perkara diatas saya gunakan untuk:
1. Mak saya di kampung.
2. Bayar ansurans kereta.
3. Insurans takaful untuk diri sendiri.
4. Bil telefon.

Dan baki yang ada ditangan saya sendiri lebih kurang RM200, cukup-cukup untuk digunakan untuk minyak dan tol ke ofis, dan duit makan saya ketika di ofis. Jika tidak cukup saya terpaksa gunakan duit simpanan saya sendiri untuk kegunaan peribadi yang asas.

Isteri pula bekerja sebagai guru. Ansurans bulanan kereta isteri, servis kereta serta duit tol dan minyak isteri untuk ke sekolah tidak saya tanggung. Itu semua menggunakan duit gaji isteri sendiri.

Baru-baru ini ada sedikit pertelingkahan di antara saya dan isteri (tidak perlula untuk saya ceritakan rentetan peristiwa dan sebab pertelingkahan disini takut nanti lari dari persoalan nafkah yang ingin ditanya).

Sewaktu pertelingkahan itu, isteri ada mengungkit tentang DUIT NAFKAH dengan mengatakan saya tidak pernah memberikan DUIT NAFKAH kepada dia. Ya memang saya tidak pernah beri isteri duit bulanan kerana saya sudah sediakan segala keperluan dirumah (seperti yang dinyatakan di atas). Saya mengatakan kepada isteri yang saya tidak tahu selama ini dia perlukan saya untuk menghulurkan duit bulanan. Dalam nada yang agak tinggi saya katakan "OK, lepas ni saya akan bagi berapa yang awak mahu". Isteri saya menjawab dalam keadaan yang marah "tak perlu bagi saya, jika bagi saya akan buang duit itu". Hancur luluh hati bila mendengar ayat sebegitu. Saya rasa saya sudah menyediakan yang terbaik untuk isteri dan anak tetapi tidak tahu sekiranya itu belum lagi mencukupi sebagai nafkah dari saya. Saya agak keliru.

Persoalannya,

1. Adakah menjadi kewajipan ke atas saya sebagai suami untuk memberikan duit kepada isteri sedangkan keperluan nafkah telah saya penuhi (tempat tinggal, makanan, pakaian dan keperluan harian)? Adakah duit pemberian salah satu dari nafkah yang saya perlu sediakan?

2. Jika ya, berapakah kadar WAJIB minimum (RM) setiap bulan yang perlu saya beri kepada isteri?

Dengan baki duit yang ada pada tangan saya, agak mustahil untuk saya hulurkan kepada isteri setiap bulan. Jika ia adalah WAJIB, saya sedang memikirkan untuk menjual kereta saya dan mencari kereta yang lebih kecil dan lebih murah so saya dapat kurangkan perbelanjaan bulanan dan dapat hulurkan DUIT NAFKAH kepada isteri...

Harap ahli forum dapat memberikan pandangan..
 
-------------------------------------------------------------------------
---------------
 
Saya terpanggil untuk mencari jawapaan bagi permasalan ini ..
jawapan ini merujuk kepada blog seseorang ..
 
---------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------
 
sila klik di sini untuk jawapan di atas :)
 
'
'
'
'
 http://ummi-ieraakmal.blogspot.my/2011/07/wajib-ke-nafkah-buat-si-isteri-yg.html
 
------------------------------------------------
------------------
 
semoga bermanfaat untuk kita semua ...
INGAT !!
SUAMI WAJIB BAGI NAFKAH KEPADA ISTERI KAMU !!
 
http://aldilla-ishak.blogspot.com
 

Sunday 20 September 2015

Kehidupan yang x pasti

Posted by Aldilla Ishak at Sunday, September 20, 2015 Comments
Assalamualaikum wrbt ...
Saya nak cerita sedikit tentang kehidupan .. Kita kongsi sedikit ya, apa yang rasanya kita boleh kongsi ..

Hidup ini umpama roda ..
kadang kita di atas ..
kadangkala kita di bawah ...
bila kita dibawah,
kita kena selalu pandang ke atas ..
untuk kita berusaha untuk
naik ke atas ...
dan bila kita di atas,
jangan kita lupa pandang ke bawah ..
agar kita sedar
di mana letaknya diri kita ..
dari mana asal usul kita ..
agar kita tak lupa
pada insan yang ada di bawah ..
untuk kita bantu mereka
agar bersama-sama kita
meniti saat manis bersama
bila kita di puncak kejayaan ...


 :: sekadar hiasan ::


Dalam kita menempuh kehidupan hari ini dan hari2x mendatang, kita tak kan lepas dari di uji .. Ada sahaja onak dan duri yang akan kita tempuhi ... Hidup ini tak indah andainya kemanisan sahaja yang mewarnainya ... Sebab, mungkin ada yang jadi lupa diri, lupa daratan, meninggi diri & berbangga dengan apa yang ada .. Tapi, kemanisan yang berselang seli dengan kepahitan akan mengajar kita erti syukur .... Dan belajar erti menghargai ....





:: cinta sepi ::

 ~  kesepian & kesunyian itu
kadangkala indah
kadangkala membosankan ..
tapi ..
kesepian mengajar kita
menghargai
detik manis yang telah berlalu
dalam hidup kita ~



kita menangis .....



:: sedih si kucing ::
---------------------------------------------------------------------
----------------------------
-------------
Jumpa lagi di tulisan lain ya semua ...
 

Perempuan Melayu Terakhir Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review