Friday 1 February 2013

HATI dan PERASAAN insan yang bergelar ISTERI

Posted by Aldilla Ishak at Friday, February 01, 2013

Saya terpanggil untuk menulis satu tugasan yang agak penting yang telah menyentuh hati saya untuk membincangkan hal ini dan menjadi santapan mata hati buat para sahabat saya yang sudi memberi ruang pada saya kali ini untuk sama2x saling ingat - mengingati antara kita .. Kisah yang bakal saya kongsikan ini dipetik dari pengalaman yang saya dengar dari insan2x yang berada di sekeliling saya ... Moga menjadi panduan mahupun iktibar untuk kita semua .. in shaa ALLAH ..

Biarlah saya berbicara bagi pihak seorang sahabat saya yang telah menjadi isteri dan sering merasa bahawa kehadirannya bagaikan hanya untuk melengkapi kehidupan si suami sedangkan si suami selalu mengabaikan dan memandang remeh terhadap perasaan dan hak isterinya ...

Kita kebiasaannya terlepas pandang tentang apa yang kita ertikan sebagai ‘keluarga’ .. Bagi kita bernikah itu cukup untuk dianggap sebagai keluarga sedangkan ‘keluarga’ itu diibaratkan dua dunia yang bersatu dan bersedia untuk sama-sama memikul apa saja tanggungjawab, tugasan dan permasalahan yang bakal kita hadapi di masa akan datang bersama-sama dengan pasangan kita (baik ia datang dalam bentuk yang positif ataupun negatif) .. Bak kata pepatah 'ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' begitulah yang diumpamakan dalam konsep kekeluargaan yang sebenar ..

ALLAH SWT Berfirman :

'Di antara tanda-tanda kebesaranNya, diciptakanNya bagi kamu pasangan suami isteri dari diri kamu untuk kamu merasa ketenteraman di antara satu sama lain dan dijadikannya kasih sayang dari belas kasih antara kamu, sesungguhnya dalam hal itu menjadi ketenangan bagi orang yang berfikir' ..

Kita selalu diingatkan tentang tugasan seorang isteri tentang bagaimana untuk menjaga hati, hak dan amanah suami kita dan amat jarang bagi kita melihat bagaimana penegasan hak dan amanah kepada seorang isteri yang wajib diadakankan oleh suaminya (mengikut kemampuan masing-masing) .. Memang benar, nafkah zahir dalam islam itu adalah si suami kena memberi tempat teduh (tempat tinggal), makanan serta pakaian yang cukup kepada isterinya, manakala nafkah batin yang selalu difahami adalah nafkah seks semata-mata sedangkan batiniah ini berkaitan dengan hati, perasaan dan naluri wanita yang mahukan perhatian, belaian dan kasih sayang ..

Saya tidak mahu menyentuh panjang soal tanggungjawab seorang suami kepada isteri ataupun tanggungjawab seorang isteri kepada suami kerana bagi saya kita sudah terlalu matang untuk mengetahui hal itu, dan cukuplah saya menyentuh soal ‘hati’ dan ‘perasaan’ seorang isteri kepada suaminya dalam topik kali ini memandangkan hati saya betul-betul terbuka untuk berkongsi satu teladan kepada kita semua ..

Wahai para suami, dengarlah leteran isteri kamu kerana leterannya itu adalah sesuatu yang keluar dari jiwanya ketika dia merasa kosong dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa selain cuba untuk menerangkan sesuatu kepada kamu .. Bukankah isterimu itu asalnya dari kaum yang dilahirkan dengan membawa sifat kelembutan untuk mendidik anak-anakmu nanti ? dan bukankah kaum dari isterimu itu yang memberi ketenangan kepada jiwa dan penyejuk di hatimu .. Mengapa mesti kau abaikan apa yang sepatutnya kau berikan kepada dirinya sekalipun melapangkan pendengaranmu untuknya ?

Wahai suami, usah memandang remeh pada keluhan hatinya, walaupun pada dasarnya hati itu Cuma seketul daging yang tertanam dalam jiwanya .. Dari keluhan itulah hatinya akan mudah rapuh, menangis, kecewa dan merasa binasa jika sering kali kau goreskan permukaannya .. Bila hati telah ternoda maka yang seputih jernih pun akan kelam jadinya kelak .. Dan ketika hal itu telah berlaku, jangan pula disalahkan dirinya tapi jawablah pada suatu persoalan yang kau bina sendiri dari setiap kali kau mengabaikan persoalan pada kelukaannya ..

Wahai suami, tidakkah kau merasa bersalah dan berdosa apabila setiap kali kau membelai jemarinya yang bersedia untuk mempersiapkan apa saja tugasan sehariannya sebagai isteri untukmu lalu engkau sewenang2xnya membiarkan saja dia tercari-cari dan ternanti-nanti ketulusan sebenar kehadirannya dalam hidupmu ? apa sebenarnya dia untukmu ? siapa dia dihatimu ? dan apakah kehadirannya benar-benar memberi kebahagiaan kepadamu ? atau adakah dia sekadar hiasan dalam hidupmu ? atau sekadar pelengkap kepada kemahuan hatimu, impianmu dan cita-citamu ?

Ketahuilah ! bukan wang ringgit semata untuk memberi kebahagiaan, atau mempersiapkan kehebatan dirimu untuk menjadi keagungannya dimata masyarakat tetapi naluri seorang wanita adalah semata-mata mengharapkan belaian, sokongan dan perhatian untuknya .. Bukankah kaum seperti kami ini sudah ditakdirkan menjadi pedampingmu, pengubat laramu, dan amanah ALLAH SWT kepadamu .. Sesungguhnya hawa seperti kami mempunyai hati yang mudah rapuh, perasaan yang lemah dan jiwa yang lembut .. Dan semestinya kami senantiasa menuntut hak kami untuk dibelai dan dimanja dari sedetik masa yang berputar .. Jangan salahkan perasaan ini, sebagaimana kami kaum isteri akur bahawa kami bersedia mentaatimu dan sebagaimana kami maklum bahawa kamu wahai kaum suami yang ALLAH SWT ciptakan sebagai pemimpin, ketua yang menjadi pelindung dan tempat teduhan kepada kami .

Kita takkan mampu bernafas jika cinta itu telah hilang dari tempat letaknya hak si pencinta kepada tuannya .. Maka peliharalah apa yang telah dihamparkan dan diriwayatkan kepadamu .. Sedang kita asyik mengutip kerang ditepian pantai, lalu kita lupa bahawa mutiara yang berada digenggaman kita telah jatuh dari celahan jemari kita .. Usah biarkan ini terjadi .. Jagalah hati isterimu, kerana dia telah ditakdirkan untukmu ..

Sesungguhnya cinta itu adalah anugerah yang terbesar ALLAH SWT beri kepada hamba-Nya .. Jika cinta itu tidak dijaga dengan baik maka ia akan ditarik balik lalu diberikan kepada yang lebih berhak dan sudi untuk menghargainya .. Jika sesuatu perkara buruk berlaku kepada kita akibat kealpaan kita sendiri maka jangan salahkan sesiapa kerana semasa mula kita memilikinya, kita yakin bahawa dia adalah pilihan muktamad yang terbaik untuk kita dan jika suatu masa ia akan hilang, hilangnya kerana keegoan kita sendiri .. Bak kata pepatah 'Nak seribu daya, tak nak seribu dalih' ..

Syukur alhamdulillah kerana saya tergolong dalam individu yang paling bahagia .. Saya telah melalui hidup yang terlalu sukar pada suatu masa dulu, menjadi individu yang sering kali mati sebelum ajal menemui jasad saya dan kali ini, Allah SWT memberikan kebahagiaan yang berlipat kali ganda untuk dinikmati ..

 Ya ALLAH SWT, betapa indahnya cinta suamiku Mohd Zakir bin Ahamad yang rela berkorban zahir dan batin untuk kebahagiaan saya .. Saya ingin dia tahu bahawa kehadirannya adalah ANUGERAH TERBESAR DALAM HIDUP INI .. Syukur sekali lagi, kerana saya mengenal apa itu bahagia setelah mendapatkan ANUGERAH suami saya dari ALLAH SWT dalam hidup ini ..

Saya harap, tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa kehidupan saya amat sempurna dengan adanya Mohd Zakir bin Ahamad dalam melengkapi dan menutupi setiap kekurangan diri pada Aldilla bte Ishak :)

http://aldilla-ishak.blogspot.com

miss u all the way my dear 
 

Perempuan Melayu Terakhir Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review