Thursday 14 November 2013

Luahan HATI

Posted by Aldilla Ishak at Thursday, November 14, 2013
Assalamualaikum wrbt ..
Segala puji bagi ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...
Diharapkan apa yang dipapar disini menjadi teladan bagi semua muslimin dan muslimat yang bergelar remaja serta masih tergapai-gapai mencari cinta ...
Aku bukanlah seorang muslimah yang alim atau solehah ...
Tetapi aku tahu manusia seperti aku pasti tidak lari dengan perasaan cinta dan pemikiran ke arah percintaan ...
Aku juga menjalani kehidupan seperti manusia lain ...
Melalui zaman remaja serta kini setiap detik yang aku harungi, pasti cinta akan hadir dalam diriku ...
Aku tidaklah sepandai wanita-wanita solehah diluar sana ...
Namun, aku tahu bahawa ALLAH lebih berhak mendapatkan cinta hambaNya di muka bumi ini ...
Serahkan segala-galanya pada ALLAH kerana tatkala cinta kita pada ALLAH tulus dan ikhlas, maka ALLAH akan memberikan kita cinta yang suci ...
Cinta yang membawa kebahagiaan dari dunia ini hinggalah ke akhirat kelak ...
Aku juga pasti, ALLAH telah berjanji bahawa cinta dariNya adalah cinta yang tulus dan suci ...
Kadang-kadang aku juga tenggelam dan lemas diarus percintaan ...
Aku tiba-tiba lalai dan leka dibuai cinta dunia ...
Cinta yang aku sendiri tidak pasti ketulusannya ...
Bukan itu sahaja, namun pahit manis alam percintaan juga telahku harungi walaupun masih berusia muda ...
Sekarang aku sedar, bukan semua cinta yang hadir dalam diri ini yang membawa kebahagiaan untuk aku ...
Sama juga bagi kalian diluar sana, janganlah jadikan cinta sebagai azimat utama demi dunia ...
Fikirkanlah akhiratnya juga ...
Aku mohon maaf jika tersalah kata ...
Harap dapat difikirkan dengan sebaik-baiknya ...
Sekian, yang baik itu dari Allah dan yang khilaf itu dari diri aku yang kerdil ini ...
Wassalam ...
La tahzan ...


http://aldilla-ishak.blogspot.com

:: me ::
 

Perempuan Melayu Terakhir Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review